Panduan Selepas Rawatan
Ikuti panduan ini untuk memaksimakan kesan rawatan dan mempercepatkan proses pemulihan anda.
Perkara Yang Perlu Dilakukan
Amalkan langkah-langkah ini untuk membantu proses pemulihan.
Banyakkan Minum Air Kosong
Untuk membantu badan menyingkirkan toksin dan melancarkan proses pemulihan.
Bergerak Ringan & Berkala
Berjalan santai selama beberapa minit setiap jam. Elakkan duduk atau baring dalam posisi sama terlalu lama.
Dengar Isyarat Badan & Rehat
Jika rasa letih, rehatlah. Badan anda sedang bekerja untuk pulih.
Kekalkan Postur Badan Baik
Jaga cara anda duduk dan berdiri untuk menyokong kesan positif rawatan.
Mandi Air Suam
Elakkan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk yang boleh memberi kejutan pada otot.
Perkara Yang Perlu Dielakkan
Elakkan perkara-perkara berikut untuk tidak mengganggu proses pemulihan.
Elakkan Aktiviti Fizikal Berat
Jangan bersenam lasak, bersukan atau mengangkat benda berat untuk sekurang-kurangnya 24 jam.
Tiada Rawatan Badan Lain
Elakkan urutan, fisioterapi, atau sebarang terapi lain untuk 5-7 hari akan datang kerana ia boleh mengganggu proses pemulihan TSA.
Elakkan Haba atau Sejuk Melampau
Jangan gunakan pek panas atau sejuk pada kawasan yang dirawat.
Kurangkan Kafein
Kafein boleh melambatkan proses hidrasi dan pemulihan badan.
Jangan Meregang Agresif
Biarkan otot menyesuaikan diri secara semula jadi tanpa paksaan.
Elakkan Menyilang Kaki
Tabiat ini boleh menjejaskan semula keseimbangan pada pinggul anda.
Panduan Pantang Pemakanan
Wajib dipatuhi selama 3 HARI selepas rawatan untuk kes sakit otot & saraf.
Amaran Penting
Kegagalan mematuhi pantang ini berisiko menyebabkan urat menegang semula dan mengakibatkan kesakitan yang kuat. Kesan ini boleh kekal sehingga 2 minggu.
Bagi rawatan angin medu, panduan ini hanyalah galakan tambahan dan tidak diwajibkan.
Makanan & Minuman Masam
Rasa masam boleh mengganggu proses pemulihan urat dan saraf.
- Cuka, asam jawa, asam keping
- Tomato, lemon, perahan limau
- Jus buah-buahan masam
- Minuman campur perahan limau/lemon
Makanan Berangin
Makanan berangin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan melambatkan pemulihan.
Berasaskan Pulut
Lemang, pulut kuning, nasi dagang, kuih tepung pulut
Jenis Ikan Tertentu
Ikan kembung, aya/tongkol, pari, bawal (emas & hitam), kerisi
Buah-buahan Tertentu
Durian, cempedak, nangka, pisang, tembikai, duku, langsat, anggur, salak, kelapa (isi & air)
Sayur-sayuran Tertentu
Kobis, terung, pucuk ubi, kangkung, petola, dan sayuran bersifat sejuk
Reaksi Pemulihan Normal
Reaksi ini biasanya berlaku dalam tempoh 3 hingga 7 hari. Ia adalah petanda positif badan anda sedang pulih.
Rasa Letih atau Mengantuk
Badan menggunakan banyak tenaga untuk pulih.
Dengar isyarat badan & rehat secukupnya. Utamakan tidur.
Lenguh atau Sakit Otot
Rasa sengal boleh timbul di tempat baharu kerana postur badan sedang berubah.
Lakukan pergerakan ringan. Jika sangat mengganggu, boleh ambil Paracetamol.
Cirit-birit atau Muntah
Proses detoksifikasi (pembersihan) yang kuat & cepat dari badan.
Minum banyak air kosong atau air isotonik. Makan makanan ringan.
Berpeluh Tanpa Sebab
Sistem limfatik badan menyingkirkan toksin melalui peluh.
Pakai pakaian selesa dan pastikan minum air yang cukup.
Gejala Selesema atau Sakit Kepala
Sebahagian proses pembersihan badan atau tanda dehidrasi.
Banyakkan minum air kosong. Rehat di bilik yang selesa.
Perubahan Emosi
Pelepasan ketegangan fizikal boleh melepaskan stres emosi yang lama tersimpan.
Benarkan diri anda merasai emosi ini. Ia sebahagian dari proses pemulihan.
Jika mana-mana reaksi ini berlarutan lebih dari 7 hari, terasa amat teruk, atau anda sangat bimbang, sila hubungi terapis anda dengan segera.
Ada Sebarang Kemusykilan?
Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami jika ada sebarang soalan tentang proses pemulihan anda.
WhatsApp Kami