
Belajar Terapi Sentuhan Ajaib Modul 1
Kuasai teknik terapi saraf, otot dan fasia yang berkesan — belajar online, ikut kadar sendiri, dan mula praktik dari hari pertama.
Kenapa Nak Belajar TSA?
Jika mana-mana ini terlintas di fikiran anda — kursus ini memang untuk anda.
Ingin kuasai teknik rawatan fizikal yang berkesan tanpa perlu belanja besar
Nak tambah kemahiran terapi — sama ada untuk diri sendiri, keluarga, atau kerjaya
Mahu rawat keluhan sakit harian tanpa perlu bergantung pada klinik atau tukang urut
Berminat dengan pendekatan terapi moden yang selamat, lembut dan berasaskan sains
Ingin mempelajari teknik asas TSA untuk kegunaan diri dan keluarga, atau menambah tools sedia ada sebagai seorang terapis
TSA Modul 1 adalah langkah pertama untuk anda menguasai ilmu terapi yang berkesan.
Apa Bezanya TSA?
TSA bukan sekadar terapi biasa — ia berbeza sama sekali daripada apa yang anda pernah cuba sebelum ini.
Bukan urut tradisional
Tiada tekanan kuat atau genggaman yang menyakitkan
Bukan kiropraktik
Tiada bunyi "crack" atau manipulasi tulang yang berisiko
Bukan ubat atau supplement
Tiada bahan kimia — 100% menggunakan tangan
Bukan mesin atau alat
Tidak perlukan sebarang peralatan khas
Bukan mistik atau bomoh
"Ajaib" merujuk kepada kelegaan yang pantas dan ketara — bukan unsur ghaib, 100% teknik fizikal bersandarkan sains
Hanya tekanan ringan terkawal pada saraf
Lembut, selamat, tetapi sangat berkesan — boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja

Terapi Sentuhan Ajaib (TSA)
TSA ialah teknik terapi yang menumpukan pada jaringan otot, tendon dan fasia badan. Ia menggunakan tekanan ringan terkawal — lembut tetapi berkesan — tanpa urutan kuat atau menyakitkan.
Kursus Ini Sesuai Untuk Siapa?
Tiada syarat kemasukan — sesiapa yang berminat boleh menyertai.
Ibu Bapa & Penjaga
Rawat keluarga sendiri di rumah — jimat masa dan kos tanpa perlu temujanji.
Pengamal Terapi & Urut
Tambah teknik berkualiti tinggi dalam portfolio rawatan anda — bezakan diri daripada yang lain.
Sesiapa Yang Berminat
Tiada syarat kemasukan — sesuai untuk orang biasa yang ingin mula belajar dunia terapi dari sifar.
Apa Yang Anda Boleh Rawat Selepas Modul 1?
Sebaik tamat Modul 1, anda sudah mampu membantu meredakan keluhan harian yang biasa dialami keluarga.
Kenapa Anda Patut Belajar TSA?
Empat sebab kukuh kenapa ribuan keluarga memilih untuk menguasai ilmu ini.
Belajar Ikut Kadar Sendiri
Video pembelajaran boleh ditonton berulang kali, di mana-mana sahaja — tiada tekanan masa.
Teknik Mudah & Berkesan
Setiap langkah diterangkan dengan jelas — anda boleh mula praktikkan teknik TSA dari hari pertama.
Selamat & Berasaskan Sains
Menggunakan tekanan ringan terkawal pada saraf dan fasia — tiada risiko kecederaan.
Akses Kekal Seumur Hidup
Bayar sekali sahaja — akses video dan manual kekal selagi platform beroperasi.
Kira Sendiri Penjimatan Anda
Bandingkan kos rawatan luar dengan pelaburan sekali untuk ilmu TSA.
Rawatan Luar (Setiap Kali)
⏰ Perlu keluar rumah, buat temujanji, ulang setiap kali ada keluhan baru.
Kursus TSA Modul 1 (Sekali Sahaja)
🏠 Rawat di rumah, bila-bila masa, untuk setiap ahli keluarga.
Dengan RM300, anda sudah jimat beratus ringgit setiap bulan — dan ilmu ini kekal milik anda seumur hidup.
Apa Kata Pelajar TSA?
Maklum balas sebenar daripada mereka yang telah mempelajari Modul 1.
Saya sangat bersyukur kerana berpeluang mempelajari Terapi Sentuhan Ajaib (TSA) melalui platform e-learning bersama pengasasnya, Mohd Afif.
Penyampaian modul sangat mudah difahami, tersusun dan sesuai untuk semua peringkat, sama ada yang baru bermula mahupun yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang terapi. Teknik yang diajar juga sangat praktikal, menggunakan tekanan ringan terkawal tetapi memberi impak yang besar.
Platform e-learning yang disediakan membolehkan saya belajar mengikut masa sendiri serta mengulangkaji modul pada bila-bila masa. Selepas mengikuti kursus ini, saya memperoleh kefahaman yang lebih mendalam mengenai penggunaan tekanan terapeutik, pelarasan struktur badan dan pendekatan yang lebih lembut dalam membantu mereka yang mengalami ketidakselesaan pada otot, sendi dan pergerakan badan.
Saya amat mengesyorkan program TSA ini kepada sesiapa yang ingin menambah kemahiran dalam bidang terapi dan rawatan. Sangat berpuas hati dan berbaloi untuk dipelajari.
Zamri bin Ayong
Pengamal Terapi
Siapa Pengajar Anda?
Kenali Master Afif — pengasas dan penggubal modul Terapi Sentuhan Ajaib.

Master Afif
Mohd Afif bin Mohd Sukri
Pengasas & Penggubal Modul TSA • Lebih 10 Tahun Pengalaman
“Tubuh manusia mempunyai kemampuan luar biasa untuk pulih jika diberikan kunci yang tepat. Misi saya adalah terapi yang tepat, fokus, dan selamat untuk mengaktifkan pemulihan tersebut.”
Bermula dengan minat mendalam terhadap dunia rawatan sejak 2004, Master Afif melakukan peralihan kerjaya yang besar demi memartabatkan sains pemulihan fizikal. Beliau meninggalkan kerjaya profesional sebagai Peguam Syarie dan Pendidik (KPM) untuk menubuhkan TSA — satu sistem rawatan yang menggabungkan fakta klinikal, keselamatan, dan keberkesanan nyata tanpa elemen mistik.
20+
Tahun dalam bidang rawatan
3 Modul
Kurikulum TSA lengkap
Nota: Kursus online ini direka khas untuk anda yang ingin merawat keluarga sendiri di rumah. Pengamal terapi juga dialu-alukan menyertai untuk menambah tools dalam amalan mereka. Peserta yang menamatkan modul akan menerima sijil penyertaan. Kursus ini bukan tauliah profesional sebagai terapis TSA.
Pelaburan Untuk Kesihatan Keluarga
Tawaran istimewa untuk anda yang serius mahu menjaga orang tersayang.
Kursus Online TSA Modul 1
Akses video penuh + Manual lengkap
Atau hubungi kami: 010-9309171
Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya oleh bakal pelajar.
Dengan Izin Allah, Sentuhan Pintar Anda Mampu Mengubah Kesihatan Seluruh Keluarga.
Jangan biar orang tersayang terus menanggung kesakitan. Mulakan langkah pertama anda hari ini.
Saya Nak Belajar Modul 1 Sekarang